Search this blog

Monday, 30 July 2012

Tajuk 4: ADAB BERJIRAN


Pengertian berjiran
  •  jiran ialah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita sama ada di kanan, di kiri, di depan, di tingkat atas, di tingkat bawah hingga 40 buah rumah dari setiap sudut. 

Adab-adab berjiran

  • Mendahulukan memberi salam bila bertemu
  •  Tidak terlalu banyak bertanya akan hal ehwalnya
  •  Menziarahinya apabila ia sakit
  • Menerima undangannya bila ada sesuatu majlis kesyukuran atau keramaian
  •  Cuba membantunya sedaya yang boleh bila mereka berada didalam kesusahan 
  • Memaafkan setiap kesalahan dan kesilapan yang tidak disengajakan
  • Tidak mudah percaya dengan kata-kata fitnah terhadapnya
  •  Memberi nasihat dan tunjuk ajar dalam urusan agama mahupun dunia
  • Sentiasa bercakap dengan lemah lembut
  • Tidak menyinggung perasaannya dengan sesuatu perbuatan
LATIHAN


 

Rasulullah s.a.w pernah menceritakan kisah yang akan berlaku
kepada seorang lelaki pada hari kiamat nanti. Sabdanya:

Apabila berlaku hari kiamat, seorang lelaki umatku diarah pergi ke suatu tempat.
Apabila hampir sampai ke pintu neraka, sambil menangis, orang lelaki itu bertanya kepada para malaikat,
"Ke manakah aku hendak dibawa pergi, wahai Mailakatul-Rahman?"
"Ke neraka," jawab para malaikat.
"Tinggalkan aku menangis bersendirian di sini untuk menyesali diriku," ujar lelaki itu.
"Sepatutnya dulu, engkau menangis di dunia. Pada hari ini, menangis tidak bermanfaat lagi," jelas para malaikat.

Lelaki itu berkata lagi, "Wahai Malaikatul-Jabbar. Aku ini anak Adam. Tidak tahan aku dengan panas api neraka.
Kalau sejuk, aku tidak tahan dengan sejuknya. Aku dari umat Muhammad s.a.w.
Tidakkah ada bagiku sesuatu harapan dari Tuhanku?"
"Apa harapan engkau dari Tuhan engkau?" tanya para malaikat.
"Aku tidak diseksa bersama Yahudi dan Nasrani," jawab lelaki itu.
"Itu Muhammad s.a.w di hadapan Tuhan Al-Jabbar. Serulah engkau kepada Nabimu itu.
Jika tidak kami akan lemparkan engkau ke neraka bersama dengan yang lain," ujar para malaikat.

Lelaki itupun segera berseru, "Ya, Muhammad! Ya, Rasulullah!"

Aku(Rasulullah) mendekati lelaki itu. Lalu bersabda kepada para malaikat, "Wahai Malaikatul-Rahman. Hantarlah kembali orang ini ke daun Mizan."
"Ya, Muhammad. Sesungguhnya kami diperintah oleh Allah Taala, dan kami tidak mahu mengingkari perintah itu," jawab para malaikat.

Aku segera tunduk dan sujud kepada Allah Azza wa Jalla serta mengangkat sembah, mengadukan hal itu kepada-Nya. Dengan syafaatku, lelaki itu dihantar semula ke daun Mizan untuk ditimbang pahala dan dosanya. Akhirnya dengan syafaatku juga lelaki itu diperintahkan Allah Taala masuk ke syurga. Aku kemudiannya bersabda kepada lelaki itu, "Kenalkah engkau siapa aku?"

"Wajah engkau yang elok dan baumu yang harum, siapakah engkau yang sebenarnya?" tanya lelaki itu.
Aku bersabda, "Akulah Nabi engkau, Muhammad. Bacaan selawat engkau di dunia untukku telah diberkati oleh Allah Taala."

Lelaki itu tunduk dan menangis. Lalu berkata, "Wahai Muhammad Rasulullah. Tanpa engkau dan selawatku untuk engkau, nescaya aku dilontarkan ke neraka bersama ahli neraka yang lain."

Wallahu a'lam - Hadith riwayat Nafi daripada Ibn 'Umar

Tajuk 2: SIFAT-SIFAT RIAK

Pengertian Riak

Riak itu ialah melakukan kebaikan dan amal ibadat semata-mata untuk mencari tempat di dalam hati manusia.

Perkara yang diriakkan oleh manusia;
1- Riak dari segi badan
Riak jenis ini menunjukkan seseorang itu menampakkan keletihannya kerana berpuasa dan banyak berjaga malam untuk beribadat.
2- Riak pada pakaian
Seseorang itu memakai pakaian yang menunjukkan kewarakan dirinya sedangkan hakikatnya tidak. Memakai pakaian sebegini di hadapan golongan tertentu kerana kepentingan diri sedangkan di waktu lain dia bukanlah sebegitu malah hatinya juga bukanlah berniat untuk mendapat keredhaan Allah tetapi mengharap penghormatan daripada orang lain.
3- Riak dengan perkataan.
Riak ini adalah seseorang itu menunjukkan dirinya seorang yang benar dan ikhlas melalui perkataan yang keluar dari bibirnya. Tuturnya seperti seorang penasihat dan pensyarah. Dia memilih lafaz-lafaz yang halus dan dalam maknanya juga kata- kata hikmat beserta hadith. Dia juga berkata seperti kata para Nabi dan aulia sedangkan pada hakikatnya dia sebenarnya sunyi dan kosong.
4- Riak pada amalan
Orang sebegini adalah sering menzahirkan khusyuk dalam solat dan sengaja memanjang-manjangkan rukuk dan sujud apabila ada orang melihatnya. Orang seperti ini sering bersedekah secara terang-terangan, pergi menunaikan fardhu haji, berjalan menundukkan kepala dan kurang berpaling ke kanan dan ke kiri padahal Allah mengetahui batinnya. Sedangkan jika dia bersendirian amalannya bukan sempurna sebegitu, seperti solat dengan cepat, berjalan laju dengan matanya sering meliar ke sana ke mari dan sebagainya.
5- Riak dengan ramainya murid dan pengikut.
Seseorang itu berasa bangga dengan murid dan pengikut yang ramai. Demikian juga seperti seseorang yang sering menyebut nama ulama’ itu dan ulama’ ini bagi menunjukkan dirinya seorang yang banyak bertemu dengan syeikh dan ulama.

Peringkat Riak


1- Riak Akbar
Riak akbar ialah seseorang itu taat melakukan ibadat tetapi untuk mendapatkan sesuatu daripada manusia dan bukanlah untuk beroleh keredhaan Allah SWT. Riak ini adalah berpaling terus daripada Allah pada keseluruhannya kerana hanya berkiblatkan manusia.
2- Riak Asghar
Riak asghar ini pula ialah melakukan sesuatu untuk mendapatkan apa yang ada pada manusia dan apa yang pada Tuhan iaitu melakukan amal kerana Allah dan kerana yang lain daripada-Nya. Riak ini adalah lebih ringan daripada riak akbar kerana orang itu menghadap Allah pada satu segi dan kepada manusia pada satu segi yang lain.
3- Riak Jali ( yang terang )
Riak ini ialah mendorong seseorang itu untuk melakukan amal ibadat. Sehinggakan jika tanpa riak ini dia tidak berminat untuk melakukan amal.
4- Riak Khafi ( yang tersembunyi )
Riak ini pula ialah riak yang tesembunyi dan ianya tersembunyi dalam hati di mana ianya mendorong seseorang itu untuk lebih rajin beribadat.

Bagaimana mengelakkan sifat riak?

Rawatan terbaik bagi segala penyakit di muka bumi ini adalah menghindari dengan menjauhi sebab-sebab dan punca terjadinya penyakit. Begitu jugalah kepada penyakit riak ini, iaitu menjauhi sebab-sebab yang boleh membawa kepada perasaan itu, antaranya ialah;
  1. Sifat suka dipuji oleh orang lain. Sifat ini akan membawa kepada bangga diri dan suka menunjuk-nunjuk kelebihan kepada orang lain.
  2. Takut dikritik atau dicerca oleh orang lain. Ketakutan ini boleh membawa kepada penampilan yang kurang jujur dan suka berpura-pura.
  3. Cintakan kehidupan dan kemewahan dunia dan lupa pada kematian. Seseorang itu melakukan segala pekerjaan adalah semata-mata kerana untuk menarik perhatian orang lain, dan menganggap dirinya hebat. Manusia  sebegini mengharapkan ganjaran atas segala pekerjaan yang dilakukan.

Setelah mengetahui sebab-sebab yang menjadi punca riak, mari kita lihat bagaimanakah cara untuk menghindarinya. Terdapat beberapa cara untuk menghindari sifat riak daripada menguasai hati;
  1. Sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang perkara yang diperintahkan Allah dan juga sering menyucikan hati dengan melakukan ibadat-ibadat khusus seperti zikir dan membesarkan kekuasaan Allah.
  2. Mengawasi diri agar sentiasa takut akan kemurkaan Allah. Dengan tabiat ini akan membawa diri agar sentiasa berwaspada dalam melakukan perkara yang boleh mengheret kepada dosa dan seksaan Allah pada hari akhirat kelak.
  3. Berwaspada terhadap perkara-perkara yang boleh menghapuskan pahala amalan yang dilakukan akibat riak.
  4. Menanamkan dalam diri perasaan bahawa melakukan sesuatu itu kerana manusia sehingga membawa kemurkaan Allah itu adalah suatu perkara yang buruk dan patut dijauhkan.
  5. Sentiasa mengawasi diri daripada lalai terhadap ujian dan nikmat yang dikurniakan Allah untuk menghampirkan diri kepada Allah.
  6. Ikhlaskan diri dalam setiap amalan yang dilakukan.

LATIHAN


Tajuk 5: ISTINJAK

Maksud Istinjak
Istinjak bermaksud membasuh tempat keluar najis iaitu zakar/faraj dan dubur selepas membuang air kecil (yakni kencing) atau air besar (yakni berak). Hukumnya adalah wajib.

 Bahan-bahan istinjak
  • TISU
  • KULIT KAYU
  • BATU
  • DAUN KERING


Tangan manakah yang hendak digunakan ketika beristinjak?
Beristinjak sunat menggunakan tangan kiri. Beristinjak dengan tangan kanan adalah makruh, kecuali tidak dapat dielakkan. Kata Nabi s.a.w.;
Sesiapa dari kamu kencing, janganlah ia memegang zakarnya dengan tangan kanannya dan janganlah juga ia beristinjak dengan tangan kanannya”.[1]
 Syarat-syarat beristinjak dengan benda kesat?
Namun jika hendak beristinjak dengan benda-benda kesat sahaja (tanpa menggunakan air), mesti memenuhi syarat-syarat di bawah;
  1. Hendaklah dengan sekurang-kurangnya tiga kali sapuan, tidak boleh kurang darinya.
  2. Hendaklah najis tidak melepasi papan punggung atau hasyafa.
  3. Hendaklah sebelum najis kering. Jika najis telah kering, wajib istinjak dengan air.
  4. Bahan yang digunakan hendaklah bersih dan kering. S
  5. Bahan yang digunakan bukan dari makanan manusia atau jin seperti tulang. 

Adab-adab semasa membuang air kecil atau air besar?
1. Jangan membuka aurat sebelum masuk ke dalam tandas.
2. Ketika memasuki tandas dahulukan kaki kiri dan sebelum melangkah masuk, bacalah terlebih dahulu;

بسم الله، اللهم إني أعوذ بك من الخبث والخبائث

(Riwayat Imam al-Bukhari)
3. Keluar dari tandas, dahulukan kaki kanan dan apabila telah berada di luar tandas bacalah;
غفرانك، الحمد لله الذي أذهب عني الأذى وعافاني
(Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah)
4. Janganlah bercakap-cakap semasa di dalam tandas kecuali tidak dapat dielakkan.
5. Jangan membawa masuk barang-barang yang terdapat nama Allah atau ayat al-Quran atau sebagainya yang dimuliakan oleh agama.









LATIHAN




Menghayati Adab Berjiran

Tajuk 3: WUDUK

PENGERTIAN WUDUK

Wuduk atau wudhu adalah salah satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil. Jika air tiada atau tidak mencukupi, maka wuduk boleh diganti dengan tayammum.
Untuk menunaikan sembahyang, diwajibkan kita berwuduk (mengambil air sembahyang atau mengangkat hadas kecil) terlebih dahulu.
Pengertian wuduk pada syarak adalah membasuh atau menyapu anggota tertentu yang dimulakan dengan niat.

DALIL TENTANG WUDUK

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Dari Rasulullah saw. beliau bersabda: “Sembahyang salah seorang di antara kalian tidak akan diterima apabila ia berhadas hingga ia berwuduk”.
Firman Allah S.W.T:
“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali. ” – (Surah Al-Maa’idah: 6)

Hukum berwuduk

Hukum berwuduk adalah:
1. Wajib
Ketika hendak mengerjakan ibadat tertentu yang dimulakan dengan niat, seperti:
  • Solat
  • Thawaf di Baitullah.
  • Menyembahyangkan mayat.
  • Sujud tilawah atau sujud syukur.
  • Memegang (menyentuh/membawa) Al-Quran, tetapi dibolehkan, diharuskan menyentuh/membawa/memegang jika kandungan isi Al-Quran itu lebih banyak tafsiran dari isi ayat Al-Quran.
2. Sunat
  • Ketika hendak mandi wajib
  • Hendak membaca al Quran, hadis dan buku
  • Ketika hendak tidur
  • Ketika marah

Syarat-syarat sah Wuduk

Syarat sah Wuduk itu ada enam:-
  1. Orang Islam (orang bukan Islam tidak wajib berwuduk)
  2. Mumayiz, iaitu telah dapat membezakan yang baik dengan yang buruk sesuatu pekerjaan, yakni yang telah berusia 9 tahun.
  3. Air mutlak (air yang suci lagi menyucikan).
  4. Bersih dari Haidh, Nifas dan Junub atau dalam Hadas Besar.
  5. Jangan ada pada anggota kita sesuatu benda yang dengannya, sebabnya tidak sampai air ke kulit/rambut/kuku seperti cat, lilin, getah, tatoo di kulit, pewarna rambut, pewarna kuku, gincu bibir, eyeshadow dsb.
  6. Mengetahui dan dapat membezakan mana yang fardhu dan sunat.

Rukun-rukun Wuduk

Rukun wuduk itu ada enam perkara:-

BERSIHKAN KEDUA-DUA BELAH TANGAN
BERKUMUR & BERSIHKAN HIDUNG
1. NIAT, iaitu diniatkan di dalam hati untuk mengerjakan wuduk, bacalah diwaktu mula hendak membasuh muka:-
“Nawaitu rafa’al hadathil asghari Lillahi Ta’ala” ertinya “Sahaja Aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta’ala” atau “Nawaitu Udu’a Lillahi Ta’ala” bermaksud “Sahaja aku mengangkat wuduk fardu kerana Allah Ta’ala”. Sebelum berniat berkumur dan bersihkanlah hidung tangan dan kaki serta mulakanlah dengan membaca “Bismillah hirrahman nirrahim” dan niat.
NIAT & BASUH SELURUH MUKA
DARI TELINGA KIRI-KANAN
2. MEMBASUH MUKA, mengalikan air serta meratakannya keseluruh muka yang dibasuh itu, dari dahi sampai ke dagu (jika ada janggut hendaklah diratakan seluruhnya) dan dari telinga kanan hingga ke telinga kiri – 3 Kali.
HUJUNG JARI HINGGA SIKU
MULAKAN TANGAN KANAN/KIRI
3. MEMBASUH KEDUA TANGAN HINGGA DUA SIKU, dimulai dari siku hingga sampai kedua hujung jari. Mulakan dari tangan kanan dahulu diikuti tangan kiri, lakukan sebanyak – 3 Kali.
MENYAPU AIR KE KEPALA
MENCUCI KEDUA TELINGA
4. MENYAPU AIR KE KEPALA, merata menyapu kepala dengan air sekurang-kurangnya tiga helai rambut dan yang lebih baik ialah menyapu seluruh kepala. – 3 Kali.
MEMBASUH KEDUA BELAH KAKI
MULAKAN KAKI KANAN/KIRI
5. MEMBASUH KEDUA KAKI, mengalir dan ratakan air kepada dua kaki serta celah-celah jari kaki tumit hingga bukulali atau matakaki, mulakan sebelah kanan dahulu. – 3 Kali.
6. TERTIB, mengikut urutan atau turutan yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan.
Selesai mangangkat Wuduk hendaklah membaca Doa Selepas Wuduk

Sunat-sunat Wuduk

Perkara-perkara yang disunatkan ketika berwuduk:-
  1. Menghadap ke arah Kiblat.
  2. Menbaca “Auuzubillah himinasyaiton nirrajim” dan “Bismillah hirrahman nirrahim”.
  3. Membasuh kedua telapak tangan hingga kepergelangan tangan sebelum berwuduk.
  4. Berkumur atau bersugi.
  5. Memasukkan sedikit air ke dalam hidung untuk membersihkannya dan mengeluarkannya kembali.
  6. Menyapu air ke kepala.
  7. Memusing-musingkan cincin jika ada di jari.
  8. Menjelai-jelai janggut atau misai dengan air sehingga rata.
  9. Mencelahi jari-jari tangan dan kaki.
  10. Mendahulukan basuhan anggota kanan daripada yang kiri.
  11. Mengulang 3 Kali setiap basuhan.
  12. Jangan meminta bantuan orang lain seperti tolong menuangkan air sewaktu berwuduk.
  13. Jangan mengelap atau mengeringkan anggota wuduk dengan kain atau sebagainya.
  14. Elakkan percikkan air jangan sampai jatuh semula ke bekas atau ketimba.
  15. Berjimat ketika menggunakan air.
  16. Jangan berkata-kata atau bersembang ketika mengerjakan wuduk.
  17. Membaca Doa Selepas Wuduk setelah selesai berwuduk.

Perkara yang membatalkan wuduk.

Enam perkara membatalkan wuduk:-
  1. Keluar sesuatu dari salah satu dua jalan (kubul atau dubur) seperti kencing, najis, angin, mazi, nanah, darah atau mani dan sebagainya.
  2. Tidur yang tidak tetap, kecuali terlena sebentar ketika sedang duduk.
  3. Hilang akal disebabkan mabuk, pengsan, gila, sawan, pitam dan sebagainya.
  4. Menyentuh kemaluan manusia atau dubur dengan telapak tangan atau perut jari kecil atau besar hidup ataupun mati.
  5. Bersentuh kulit antara lelaki dengan perempuan dengan tidak berlapik kecuali muhrimnya (keluarga yang tidak boleh dikahwini antara keduanya seperti Ayah, Ibu, anak, nenek, cucu, saudara sesusu, mertua, menantu dan lain-lainnya).
  6. Murtad.

Perkara yang sunat untuk berwuduk.

  1. Sehabis keluar darah dari hidung.
  2. Sesudah mengantuk.
  3. Hendak berjalan jauh.
  4. Sehabis ketawa berbahak-bahak.
  5. Ragu-ragu dalam berwuduk.
  6. Sehabis berkelahi, mengumpat, memaki, mencaci,mengadu domba, marah atau mengeluarkan kata-kata kotor.
  7. Kerana hendak tidur siang ataupun malam.
  8. Kerana hendak membaca ayat-ayat Al-Quran, Hadith atau Zikrullah.
  9. Kerana hendak Iktikaf di dalam masjid.
  10. Hendak bertabligh, pidato atau mengajarkan ilmu agama.
  11. Ziarah ke kubur.
  12. Memegang atau memikul mayat.
  13. Jika dalam keadaan marah.


LATIHAN

Sebutkan rukun-rukun wuduk mengikut urutan yang betul?

1)____________________________________
2)____________________________________
3)____________________________________
4)____________________________________
5)____________________________________
6)____________________________________